Nabi Ibrahim as bukan sekadar berjawatan Nabi tetapi juga memegang jawatan sebagai Imam yg pertama. Nabi Ibrahim as juga yg dipertanggung jawabkan utk membina Qiblat utk seluruh manusia. Kaabah yg berfungsi sebagai Qiblat merupakan pintu yg menghubungkan diantara manusia dengan Allah swt dan sekaligus Kaabah menjadi pusat penyatuan umat Islam diseluruh dunia.
Dari peristiwa diatas kita sepatutnya sudah boleh menilai apakah fungsi seorang Imam seperti Nabi Ibrahim as. Fungsi paling utama seorang Imam ialah menjadi penunjuk jalan yg lurus kepada seluruh manusia. Untuk menunjuki manusia ke jalan yg lurus Imam terlebih dulu dipertanggung jawabkan utk membina Kaabah yg akan menjadi Qiblat kepada seluruh manusia. Tanpa Qiblat bagaimana manusia bisa menghadapkan wajahnya kepada Allah swt melalui ibadah solat? Melalui solat lah manusia bisa mewujudkan perhubungan secara khusus dengan Allah swt.
Fungsi yg kedua Imam ialah menyatukan manusia. Tidak sempurna jemaah tanpa Imam. Imam berfungsi sebagai ketua didalam rumah Allah swt. Kita semua tahu mesjid adalah rumah Allah. Kaabah adalah rumah Allah, mesjid kita adalah rumah Allah, dan rumah tangga kita juga disebut rumah Allah swt. Setiap rumah Allah swt mempunyai ImamNya. Didalam setiap famili, suami adalah ImamNya. Di setiap mesjid yg memimpin solat adalah ImamNya. Imam rumah Allah swt di Mekah pula siapa? Sudah tentu lah Imam Qiblat berasal dari keturunan Nabi Ibrahim as bersesuaian dengan ayat disurah Al Baqarah ayat 124. Orang yg tidak menerima janji Allah swt kepada Nabi Ibrahim as seperti ayat diatas digolongkan oleh Allah swt sebagai orang yg zalim. Kalau kita renungi dengan cermat kita dapat lihat konsep penyatuan manusia melalui Islam. Dari kepimpinan rumah ke kepimpinan di mesjid sehinggalah kepada kepimpinan di Qiblat. Ada 3 peringkat kepimpinan utk menyatukan manusia sedunia dan ada 3 perkara diperlukan utk mewujudkan perhubungan dengan Allah swt iaitu solat, imam dan qiblat. Ini jelas membuktikan Imam berfungsi sebagai pemimpin ikutan yg menyatukan seluruh manusia didunia ini seperti firman Allah swt "Sesungguhnya Aku akan menjadikanmu Imam(Pemimpin Ikutan) utk seluruh manusia"
Apabila di sebut "Pemimpin Ikutan" maka pasti ada pengikutnya. Maka pengikutnya itulah yg disebut oleh Rasulullah saw sebagai " Al Jemaah". "Rasullullah SAW bersabda : " Ketahuilah sesungguhnya orang yang sebelum kamu dari Ahlul Kitab berpecah menjadi 72 golongan. sesungguhnya umat ini akan berpecah menjadi 73 golongan, 72 fin-Nar dan 1 masuk Syurga iaitu Al-Jamaah"
Apa fungsinya Air Zam Zam
Air Zam Zam dipancurkan melalui hentakkan tumit kaki putera Nabi Ibrahim as iaitu Nabi Ismail as. Air Zam Zam menjadi punca utama maju dan makmurnya Kota Mekah. Setelah Kaabah terbina,Nabi Ismail as diperintahkan utk menjaga Kaabah serta menyediakan keperluan makan dan minum utk umat Islam yg datang utk menunaikan ibadah haji di Kota Mekah. Dengan adanya air zam zam, Nabi Ismail as bersama dengan kaum Jurhum telah berjaya membangunkan Kota Mekah menjadi pusat perdagangan yg makmur. Tetapi kemakmuran Kota Mekah telah menyebabkan kaum Jurhum lalai dan lupa diri sehingga akhirnya mereka dikeluarkan dari Kota Mekah bersama 11 orang anak Nabi Ismail as. Telaga zam zam yg menjadi sumber air di Kota Mekah juga telah tertimbus dan ini sekaligus telah mengembalikan Kota Mekah menjadi gersang seperti asalnya manakala perdagangan pula tidak lagi menjadi sumber ekonomi utk penduduk Kota Mekah pada ketika itu. Tugas menjaga Kaabah akhirnya diberikan kepada Haidar iaitu salah seorang daripada putera Nabi Ismail as.
Kota Mekah kembali maju dan makmur semula di zaman Abu Mutalib. Abu Mutalib berketurunan Bani Hashim dan juga merupakan paman kepada Nabi Muhamad saw. Abu Mutalib diperintahkan oleh Allah swt melalui mimpi supaya menggali semula telaga zam zam yg telah terkambus tadi kerana Allah swt mahu memajukan semula Kota Mekah yg telah lama gersang dan mundur. Dengan ilham dari Allah swt, Abu Mutalib berjaya menemukan semula telaga zam zam yg sudah lama terkambus. Dengan adanya air zam zam itu Abu Mutalib kemudiannya mengutus keempat-empat anaknya utk keluar menarik pedagang-pedagang ke Kota Mekah supaya Kota Mekah kembali menjadi kota perdagangan yg maju dan makmur semula. Melalui Abu Mutalib dan putera-putera beliau Allah swt telah memajukan semula kota Mekah sehingga menjadi makmur. Dari peristiwa ini kita dapat lihat bahawa hak utk menjaga Kaabah secara mutlak dikurniakan kepada keturunan Imam yg pertama iaitu Nabi Ibrahim as. Ini membuktikan Allah swt memegang janjiNya kepada Nabi Ibrahim as dengan memajukan semula Kota Mekah melalui Abu Mutalib yg berketurunan Bani Hashim.
Apakah matlamat Allah swt memajukan semula Kota Mekah?
Nabi Muhamad saw adalah Nabi yg terakhir diutuskan utk menyempurnakan Islam kepada manusia. Nabi Muhamad saw memulakan tugas baginda di kota suci Mekah. Kalau tugas Imam Nabi Ibrahim as dibantu oleh puteranya Nabi Ismail as, Nabi Muhamad saw pula dibantu oleh sepupu baginda iaitu Syadina Ali bin Abu Tholib kw yg pada ketika itu baru berusia 10 tahun. Salah satu tugas penting Nabi Muhamad saw dlm urusan menyempurnakan Islam kepada umat baginda ialah mewujudkan syariat Muhamad dan didalam syariat Muhamad ibadah solat 5 waktu adalah ibadah yg terpenting. Kalau solat adalah antara ibadah yg paling utama maka qiblat juga menjadi keperluan yg setara pentingnya dengan ibadah solat dan penyempurnaan kepada tugas mewujudkan ibadah solat ialah dengan mengalihkan qiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Kalau lah manusia seluruhnya dapat menterjemahkan konsep 1 Imam 1 jemaah seperti yg dilaksanakan didalam ibadah solat ke dalam kehidupan seharian maka umat Islam akan menjadi bersatu dan kuat. Tetapi yg terjadi hari ini ialah ibadah solat dikerjakan dengan baik diseluruh dunia tetapi hakikat solat itu tidak tercapai. Umat Islam terpecah dengan berbagai bentuk fahaman dan aliran mengikut pendapat pemimpin-pemimpin mereka. Yang bahaya dengan pemimpin sebegini ialah mereka merasakan mereka mendapat petunjuk dari Allah swt tetapi sebenarnya tidak.
Az Zhukruf ayat 36 & 37:
Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah, kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya
Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk
Syariat adalah satu peraturan atau disiplin hidup yg sempurna bersesuaian dengan akal fikiran. Akal diciptakan utk mengenal yg hak dan yg batil. Utk bisa mengenal yg hak dan yg batil, akal perlu ilmu pengetahuan. Ilmu dunia berfungsi utk mencari keperluan kehidupan dan ilmu agama berfungsi utk mengimbangi supaya wujud keadilan dalam kehidupan secara bermasyarakat. Keadilan tercapai jika jika semua hak berada pada tempatnya. Matlamat syariat ialah mewujudkan satu masyarakat yang adil, bersatu dan maju mengikut kehendak Allah swt. Tanpa keadilan manusia tidak akan bersatu dan tanpa bersatu manusia tidak akan maju.
Matlamat Allah swt memajukan kota Mekah ialah utk mewujudkan satu masyarakat Islam yg adil, bersatu dan maju. Pertama Allah swt menyediakan satu punca ekonomi yg baik kepada masyarakat di kota Mekah melalui keturunan Nabi Ibrahim as iaitu Abu Mutalib dan kemudian menyediakan satu sistem hidup yg adil melalui Nabi Muhamad saw supaya masyarakat di kota Mekah menjadi satu masyarakat yg adil, bersatu dan maju. Matlamat ini tercapai dizaman Rasulullah saw tetapi menjadi brantakkan semula selepas kewafatan Rasulullah saw. Jawatan khalifah menjadi rebutan dan politik dalaman menghancurkan perpaduan umat Islam pada ketika itu sehingga berlakunya peperangan sesama umat Islam sendiri seperti Perang Jamal. Dari sinilah munculnya kumpulan yg berunsur politik dan fahaman agama yg pro kepada kumpulan mereka. Setiap kumpulan mempunyai fahaman agama yg diolah oleh ulama-ulama mereka dan semua mengatakan mereka berpegang kepada Al Quran dan Hadis tapi mereka saling tuding menuding dan salah menyalahkan. Semuanya mengaku benar dan mengikut ajaran Rasul. Apakah mereka lupa dengan pesanan Nabi Muhamad saw sudah bahawa jika ada dua kabilah Arab bertentangan pendapat diantara mereka maka kedua-duanya akan menjadi partai syaitan. Dalam skenario politik yg berlaku pada waktu itu yg terpinggir dan tersingkir dari masyarakat Islam akhirnya ialah Bani Hashim. Benarlah seperti kata Nabi Muhamad saw bahawa selepas baginda Bani Hashim akan tersingkir dan terpinggir.
Persoalan yg mahu ditinggalkan disini ialah bolehkah rumahtangga berfungsi dengan sempurna tanpa seorang Imam keluarga, bolehkah mesjid berfungsi dengan sempurna tanpa seorang Imam mesjid dan apakah Kaabah boleh berfungsi dengan sempurna tanpa seorang Imam Qiblat? Apakah ertinya Al Jemaah tanpa Imam?