Thursday, December 18, 2008

Peralihan Sudah Bermula

Tahun 2009 akan menyaksikan satu peralihan ekonomi dan kuasa politik di timur dan barat. Peralihan ini akan bermula dibarat dan berakhir di timur. Tiada siapa dapat menghalang peralihan ini dan satu arus gelombang yang tidak dapat dipastikan dari mana sumbernya akan mula terjadi secara berperingkat-peringkat. Riba, Rasuah & Wanita adalah masalah yg akan ditangani secara semula jadi tanpa dapat ditunjuki siapa pelakunya yg sebenar. Manusia yg rakus akan salah perkiraan dan manusia yg jahil akan mendapat ilmu tanpa berguru dengan manusia. Semua kedurjanaan yg disembunyikan akan terbongkar tanpa dapat dikawal lagi. Pemimpin yg dizalimi dulu akan terbela dan mendapat sokongan yg luar biasa sekali. Apa yg terjadi sebenarnya?

Apabila manusia bertingkah dengan manusia, itu tidak menjadi masalah kepada Tuhan tetapi apabila Tuhan bertingkah maka padahnya amat dahsyat sekali. Manusia yg zalim suka mengambil kuasa Tuhan dan memperlakukan ikut suka mereka tanpa memperdulikan apa akan terjadi kepada agama, bangsa dan tanah air mereka tetapi mereka inilah yg melaung-laungkan mereka lah yg memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air mereka. Mereka berdusta kepada Tuhan mereka dan mereka menzalimi umat manusia seluruhnya. Maka sudah sampai masanya Tuhan bertingkah terhadap mereka tanpa rasa kasihan sedikit pun. Mereka akan diaibkan kerana mereka suka mengaibkan org lain. Mereka akan dikelirukan kerana mereka suka mengelirukan manusia. Mereka akan disesatkan kerana mereka suka menyesatkan orang. Oleh itu mereka yg merasa mereka itu pemimpin dan ulama maka berhati-hatilah mulai sekarang kerana arus gelombang dari Tuhan akan tetap tiba. Tiadalah yg lebih baik dari berada didalam keredaan Tuhan. Jangan sekali-kali mengandaikan kita sudah diredhai tanpa melihat siapa diri kita yg sebenar. Apakah kita bebas atau cuba utk membebaskan diri kita dari masalah Riba & Rasuah. Apakah kita tidak menghalalkan cara atau menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg halal? Apakah kita pernah mengiakan yg batil demi kerana wang dan pangkat? Hati-hati.

Bermula akhir tahun 2008, manusia-manusia yg durjana akan dikejar dan dibalasi atas perbuatan mereka. Manusia yg dizalimi akan dibela dan diberi tempat yg bersesuaian dengan kedudukan mereka. Ekonomi akan beralih ke tangan manusia yg dulunya dizalimi dengan cara ekonomi juga. Kuasa politik akan beralih ke tangan mereka yg dizalimi dengan kuasa politik juga. Pendek kata semuanya dibalas secara setimpal. Begitulah keadilan Tuhan seru sekelian alam. Kepada mereka yg sedang dilanda kesusahan hidup harus bersabar kerana nasib anda akan terbela tak lama lagi. Anda tidak akan nampak siapa yg membela anda tetapi anda akan merasakan anda dibela. Bersyukurlah padaNya. Jangan kufur akan nikamat Tuhanmu. Jangan anda jadi kafir setelah anda beriman. Jangan anda jadi engkar setelah anda dikeluarkan dari masalah yg anda hadapi sekarang. Kalau dulu buat apa aja sentiasa gagal dan buntu tetapi ini akan berakhir. Jika anda dihalau, dihina dan disingkirkan oleh keluarga dan sahabat yg tidak memahami masalah anda, nanti mereka semua akan menyesal dengan perbuatan mereka. Sebenarnya Tuhan mengajar anda mengenali manusia yg ada di sekeliling anda. Adakah mereka menyayangi dan menghormati anda atau wang, harta dan pangkat anda. Bersyukurlah padaNya.